Pada 17 April 2018, aku dipanggil untuk temuduga IPG. Temu duga IPG meliputi ujian kecergasan dan ujian psikometrik sahaja. Tiada matematik, biologi, kimia, fizik dan seangkatannya.
Pertama sekali, ujian psikometrik dia sangat senang. Contohnya, adakah anda berpuas hati dengan jantina anda? Hanya jawab Ya atau Tidak. Tidak perlu ulangkaji. Ujian itu sama sahaja macam awak buat di sekolah. Namun begitu, jawablah ikut perspektif sebagai sebagai calon guru.
Aku ditempatkan di Institut Dato Razali, Terengganu pukul 7:30 pagi. Memang agak huru-hara juga untuk aku pergi ke sana sebab masa itu waktu sekolah. Jadi adik-adik kena disiapkan. Disana sudah ada kafe. Tapi aku tak sempat nak bersarapan. Aku lewat 6 minit. Bila aku sampai semua orang tengah dengar ceramah.
Perkara yang awak perlu bawa ialah original IC, original birth certificate, surat kebenaran/akuan yang dicetak, 1 batang pensel 2B, pemadam dan air minuman. Tak perlulah bawa banyak pensel. Kita bukan nak jawab matematik tambahan. Ramai juga yang tertinggal barang. Lesen memandu pun boleh tertinggal.
Seterusnya, pakaian. Bagi perempuan pakai baju warna hitam/biru gelap dengan berlengan panjang, seluar sukan, bertudung hitam, berkasut sukan dan berstoking hitam/putih/pink (ikut atas diri masing-masing). Bagi lelaki sama sahaja cuma memakai baju berkolar putih
Mula-mula, awak akan menduduki ujian psikometrik. Ada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B selama 45 minit. Senang sahaja. Selepas itu, buat ujian kecergasan. Masa itu mereka bagi masa. Jadi aku ambil kesempatan pergi makan. Makan benda ringan sahaja. Nanti nak berlari.
Bila masuk dewan, mereka panggil nama dan beri nombor. Ujian kecergasan ada B.M.I (Body Mass Index), jangkauan melunjur, tekan tubi (gaya lelaki), bleep test dan sit up 4 style.
Dibawah ini ada tarikh yang perlu diberi perhatian. Jadi sentiasa lihat laman web mereka. Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari: https://pismp.moe.gov.my
Ujian bleep test ini, awak kena berlari 20m ulang alik. Awak kena kejar bunyi "beep" tapi masa makin singkat. Aku dulu hanya dapat 3.4. Bagi bleep test perempuan yang terbaik 4.2. Kalau lelaki aku tak ingat. Aku buat ujian kecergasan dalam dewan.
Boleh memohon di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia kalau berminat. Pastikan tidak terlepas tarikh pemohonan!
Berminat nak jadi cikgu? Ada syarat-syarat yang awak perlu ada, iaitu:
SYARAT UMUM
1. Warganegara Malaysia
2. Sihat tubuh badan
3. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
4. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30
Jun 2018 iaitu lahir pada atau atau
selepas 30 Jun 1998.
SYARAT ASAS AKADEMIK
1. Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat SPM.
2. Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran berikut
i) Bahasa Melayu; dan
ii) Sejarah
3. Mestilah lulus Bahasa Inggeris
4. Memenuhi syarat bidang pengkhususan
Semoga berjaya!


No comments:
Post a Comment