Aku berasal dari Kuala Terengganu dan berjaya ditawarkan ke Kolej Matrikulasi Pahang (KmPh). Aku pelajar modul 1 (Kimia, Biologi, Fizik dan Matematik) tapi PDT. PDT ni lebih kurang je macam PST tapi silibus dia banyak 'cut'. Kau akan belajar benda yang sama masa PST nanti. Pendapat aku, matrik tak susah pun macam orang lain cakap. Susah tu memang ada tapi bab belajar bila je senang. Yang penting kau berusaha dan tawakal. Batch 2019/2020, batch yang pertama tak dapat jawab PSPM 2 disebabkan dunia ni dilanda covid. Pointer kitaorang akan total dengan sem 1 dan PB sem 2.
KmPh ni best sebab ramai kawan dan pensyarah yang sporting. Banyak juga kenangan yang aku cipta kat sini. Matrik ni banyak program yang diorang buat contohnya, Deepavali Night, Chinese New Year, Festival Of Light, Pertandingan Antara Blok, Colour Run, KmPh Got Talent dan nak jadi sukarelawan pun ada. Memang hidup kau akan dipenuhi dengan aktiviti.

Classmates 1M1D25
Kelas pertama aku 1M1D25 lepas itu kena bubar atas sebab tertentu. Kitaorang berpecah. Masuklah aku dengan 2 orang kawan dalam kelas 1M1D15. Waktu tu PDT tapi bila masuk PST berpecah lagi kena belajar dengan junior. Masuklah aku sekali lagi dalam kelas 1M1S01. Aku tak kisah pun sebab niat datang matrik nak belajar. Bab kawan tu alah, dah duduk satu matrik. Dia tak larinya. Yang penting kena pandai sesuaikan diri. Rindu semua orang.
Tak dilupakan juga Dinner Block. Setiap blok tema dia berbeza dan bayaran dia pun berbeza. Aku dulu bayar RM15. Waktu ni la kau nak melawa ke? Nak menghensem ke? Aku datang sebab nak makan. Dah aku bayar mahal-mahal kot. Pastu ada photo booth. Dinner biasa diadakan kat Dewan Mat Kilau. Dua buah blok serentak malam tu, blok A sahaja tapi tema berbeza.

Classmates kedua 1M1D15
(Tengah berbuka puasa kat trek)
Classmates ketiga 1M1S01
(Masuk PST dah)
KmPh ni ade 6 blok. Blok A1, A2, C1,C2 dan B1, B2 (blok lelaki). Aku blok A1 dan bekas blok A2. Blok A ni memang terkenal dengan ketiadaan air, jadi mandi kat surau tu memang pernah la tapi tak selalu. Sekarang, banyak dah perubahan dan penambahbaikan. Meriah gila suasana matrik. Banyak meja kerusi untuk study, ada rak buku kat laluan dan lukisan mural yang warna warni.
Bab ATM, yang dekat dengan pak guard ada Bank Islam dan Bank Rakyat. BSN ada tapi dekat mini mart. Nasihat aku, lebih baik kau buka bank lain juga untuk kecemasan. Manalah tahu tiba-tiba BSN buat masalah. Kau nak ambil duit macam mana? Nak makan apa?
Aku minta maaf kepada sesiapa yang geli dan takut melihat tikus yang dibedah. Aku cuma nak berkongsi pengalaman pertama aku bedah haiwan. Niat nak belajar ya.
Aktiviti yang kau boleh buat dengan classmates. Boleh cuba main secret santa. Macam kau buat jamuan makan pastu tukar hadiah tapi kau tak tahu siapa akan bagi. Buat la minimum harga hadiah berapa? Macam classmates aku minimum RM30. Hadiah tu bagi apa-apa pun, janji ikhlas. Tak pun bagi hint kat status WhatsApp. Makanan boleh tempah kat cafe. Aku beli kat Shopee je hadiah tu.
Bab ATM, yang dekat dengan pak guard ada Bank Islam dan Bank Rakyat. BSN ada tapi dekat mini mart. Nasihat aku, lebih baik kau buka bank lain juga untuk kecemasan. Manalah tahu tiba-tiba BSN buat masalah. Kau nak ambil duit macam mana? Nak makan apa?
Hanya di cafe Espikay a.k.a Cafe A2
Bab nota aku rasa tak perlu kau pergi beli kat luar. Nanti pensyarah akan bagi, duit je yang kena ada. Bawa juga cadar, selimut dan kalau boleh tak payah bawa anak patung. Elaun setiap bulan dapat RM250. Makanan pula ada mee goreng, nasi goreng, aiskrim, waffle dan lain-lain. Cafe Espikay kat blok A aku paling suka. Chicken chop dia sedap. Kau cubalah nanti. Waktu tengahari diorang hidang macam buffer. Waktu malam kau boleh order masakan panas. Jangan risau setiap blok ada cafe.
We Love KmPh
Aku minta maaf kepada sesiapa yang geli dan takut melihat tikus yang dibedah. Aku cuma nak berkongsi pengalaman pertama aku bedah haiwan. Niat nak belajar ya.
Ni hadiah daripada santa aku, Nur Aida
(Aku peminat buku teme)
Kelab Kembara 1 dan 2

Budak cina ni tau

Projek Akhir Kokurikulum: Bersihkan surau Al-Mutaqqim
Presentation koko
Nasi minyak bersama ayam masak merah. Masa ni bulan puasa.
1M1D15

(Aku peminat buku teme)
Aku ni ahli kelab Kembara, jadi sepatutnya aku pergi mendaki tapi pengarah tak bagi sebab nak dekat exam mase tu. Sedih juga tapi silap juga buat kertas kerja last minute. Jangan jadi macam aku. Tapi banyak je yang kitaorang buat. Contohnya pergi redah hutan kat belakang blok A tu pastu panjat pagar. Main basikal, pergi ronda-ronda satu matrik pastu main badminton. Mendaki tu lah projek akhir kelab aku. Last-last kitaorang buat keputusan bersihkan surau.

Kelab Kembara 1 dan 2

Budak cina ni tau

Presentation koko
Aku ni tak pernah makan dalam talam tapi kat matrik aku dapat rasa pengalaman tu. Banyak kali dah aku makan dalam talam tapi kena bayar tau untuk satu talam tu. Pakat-pakat bahagi la dengan kawan. Kalau ada rezeki, dapat free kalau ada pensyarah yang nak bersedekah. Bukan setakat masa bulan Ramadhan je kau dapat. Bulan muharam, safar, rabiulawal pun kau dapat makan dalam talam. Kalau bulan lain biasa diorang buat hari Khamis alang-alang puasa sunat. Tapi kau kena isi maklumat kalau nak join. Dia ada group. Nanti rapat-rapat dengan geng masjid.
Nasi minyak bersama ayam masak merah. Masa ni bulan puasa.
1M1D15

1M1S01
(Tak cukup semua orang)

Tak dilupakan juga Dinner Block. Setiap blok tema dia berbeza dan bayaran dia pun berbeza. Aku dulu bayar RM15. Waktu ni la kau nak melawa ke? Nak menghensem ke? Aku datang sebab nak makan. Dah aku bayar mahal-mahal kot. Pastu ada photo booth. Dinner biasa diadakan kat Dewan Mat Kilau. Dua buah blok serentak malam tu, blok A sahaja tapi tema berbeza.
Kau nak buat birthday prank pun boleh. Dah banyak kali aku terkena dengan geng Wasubidu ni. Prank pertama aku terkena dengan ex roommate, diorang umpan aku kat tangga pastu simbah air kat aku. Prank kedua, kat cafe A. Mase tu aku bad mood. Kawan aku bijak, dia umpan makanan suruh aku turun. Siap nak belanja lagi! SIAPA TAK TERGODA? Prank ketiga tak menjadi sebab kawan aku, Natasha demam seminggu. Diorang bagi beg duit sebabnya mini purse aku terjatuh dalam lauk.

Hasilnya! Thank you Ain

Thank you to My Wasubidu dan semua orang!
Walaupun aku ni bukan atlet KAKOM tapi aku turun padang juga. Antaranya aku main bola beracun mase tu pertandingan antara blok. Dapat tempat ke-3. Alhamdulilah. Semua hebat-hebat belaka. Esok tu kaki tangan sakit. Nak naik tangga pun payah.
Geng bola beracun Blok A1
Team Blok A1 dan A2
Pertandingan memancing. Jeslin Si Pembunuh Ikan
The Silent Killer
Program Bonding Of Ukhwah (BOU)
Bengkel Kimia. Dapat tempat ke-2.
(Kena buat mind map dan video)
(Kena buat mind map dan video)
Ni classmates 1M1S01, muka senior-senior yang lawa lagi hensem. Ada seorang lagi senior, Zahidi. Yang tu payah sikit nak bergambar. Maklum la budak hot. Aku tak kenal pun diorang mula-mula walaupun dah duduk setahun kat sini tapi masuk air juga. Yang lelaki baju melayu hijau tu suka politik. Hari-hari up to date pasal ekonomi Malaysia dan covid-19. Kalau dia jadi Perdana Menteri, aku tak terkejut rasa.
Ni senior juga. Orangnya kecil comel.
(Birthday dia sama dengan aku)
Kitaorang pun sambut juga birthday pensyarah. Kekadang pensyarah, dia suka belanja makan pizza dan kuih. Nak umpan laa tu. Pastu buat makan-makan kat cubik (macam bilik guru). Ni untuk student yang dah siap Brain Booster, Ejen A, soalan-soalan tutor. Cubik ada aircond pastu ada meja untuk belajar dengan pensyarah. Meja pensyarah penuh dengan makanan. Boleh la korang sambil belajar sambil makan.
Madam Fadhila belanja kuih. Depan library pula tu.
(Muka cameraman je jadi, yang lain ke laut)
Birthday Miss Amni
Pensyarah Fizik PDT. Miss Amni power mengajar.
Kelas aku semua A solid. Thank you, miss.
Kelas aku semua A solid. Thank you, miss.
Birthday Madam Nurul Fadhila
Pensyarah Bio PST. Lawa sangat madam ni.
Benda yang aku paling rindu. Pagi-pagi kitaorang kena berdiri sebab kena hafal lebih kurang 64 reaction dan 10 chemical test. Ni sem 2. Nitrous Acid test. Mashallah. Bayangkan lah pukul 3 pagi, aku bangun nak hafal. Dalam kelas madam ni, kau kena fokus 100% sebab nanti dia random attack. Aku rasa mata aku tak berkelip pun masa dia ajar. Hasilnya, kelas kimia kitaorang dapat no.1 untuk keseluruhan kelas masa sem 1. Macam aku cakap, belajar bila je senang. Classmate aku boleh je survive. Madam ni dia tegas tapi baik. Meh aku kenalkan.
Madam kimia aku, Madam Ra'biaah Abdullah
A2 T3 14 didiami oleh 3 orang sahabat yang kecoh dan bising. Orang pertama yang aku kenal mula-mula, Sarah orang Kelantan dan Ika pula orang Negeri Sembilan. Bila dah duduk sebilik, alamak! Rasa macam duduk dengan 1000 orang. Diorang ni la yang simbah air campuran biskut. Basah kuyup baju aku. Banyak cerita yang dikongsikan. Kenangan hari pertama terpaksa mandi dalam tandas pun ada. Hahaha. Ingat lagi tengok Kill This Love (Blackpink). Pagi-pagi sebelum pergi kelas, gaduh tu wajib. Sarah nampak pendiam tapi dia ya Allah! Ika macam biasa suka buli orang. Kitaorang ni suka minum Nescafe. Boleh tengok meja Sarah. Sumpah aku rindu korang berdua.
Eh eh Cuya dengan Yasmin pun rindu. Cuya ni suka baling ikan pastu angkat katil aku. Yasmin pula suka follow aku. Dua kali duduk sekelas tiba-tiba jadi roommate. Kempat-empat ex roommate aku ni jangan buat jadi bini. Tapi Alia ex roommate aku juga ke? Hahaha

Ika Si Pembuli Waktu Pagi
(Roommate PDT)

Sarah Akak Cool Kita

Sekalung penghargaan buat 2 orang kawan aku ni. Nama diberi Yasmin Raduan dan Natasha Sukri. Diorang bersama dengan aku dari mula-mula masuk matrik sampailah sekarang. Seorang dari Gua Musang dan seorang lagi dari Kijal. Terima kasih mencipta kenangan dengan aku walaupun aku ni banyak salah silap. Aku minta maaf. Semoga persahabatan kita kekal. Yey! Kita berjaya tamatkan matrik. Tunggu degree pula. Tak dilupakan juga sahabat-sahabat yang mengenali diri ni kat matrik, terima kasih semua. Banyak lagi cerita tapi aku berhenti kat sini.
MY SPECIAL FRIENDS
Aku minta maaf andai ada yang terasa hati. Kepada adik-adik, selamat maju jaya! Jangan duk cinta-cintun je. DONE PROMOTE MATRIK!